PRIMARY M3
kutitipkan ilmu dan pengetahuan bagi perkongsian bersama
Jom Kembali Ke Sekolah...
Friday, 30 December 2011
Cuti penggal kedua sudah sampai ke penghujung... Minggu ini merupakan minggu yang sibuk dengan berbagai mesyuarat, menguruskan pembayaran buku dan peralatan sekolah, mengemas kelas, meng'edit' rancangan tahunan dan juga menampal lencana dibaju anak-anak. Semoga semua warga pendidik akan melaksanakan tugas pada 2012 dengan penuh azam dan dedikasi. Kerana kita semua GURU WIBAWA dan GURU PENDITA. InsyaAllah....
Posted by Hapsah Binti Munjiat at 00:32 0 comments
Labels: Diari
PASCA UPSR 2011
Thursday, 8 December 2011
Pada November yang lalu, SKST telah mengadakan rombongan bagi pelajar tahun 6 ke Pahang Darul Makmur. Kami telah pergi ke Pusat Konvensasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Taman Rusa juga Muzium Felda Lurah Bilut. Walaupun kami dari kawasan FELDA, namun kunjungan ke muzium berkenaan banyak memberikan informasi kepada para pelajar yang merupakan generasi ke-3 FELDA Sungai Tengi.
Klik Tajuk Post ini untuk melihat slide...
Klik Tajuk Post ini untuk melihat slide...
Posted by Hapsah Binti Munjiat at 22:50 0 comments
Labels: Aktiviti Sekolah
Selamat Hari Raya Aidiladha
Monday, 7 November 2011
Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ini. Sesungguhnya kejayaan yang kita inginkan tidak mungkin tercapai tanpa usaha dan pengorbanan.
Posted by Hapsah Binti Munjiat at 16:31 0 comments
Labels: Diari
Sejarah Matematik
Tuesday, 25 October 2011
Sejarah matematik menurut empunya cerita berasal daripada berasal daripada perkataan Yunani, μάθημα (máthema), yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran"; μαθηματικός (mathematikós) bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu -- pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran.Sementara hampir semua kebudayaan menggunakan matematik asas (mengira dan mengukur), pengembangan matematik baru telah dilaporkan dalam beberapa kebudayaan dan zaman. Sebelum zaman moden dan peluasan ilmu di merata-rata dunia, contoh-contoh tulisan pengembangan matematik baru mengancam kegemilangan pada sebahagian orang tempatan. Kebanyakan teks matematik kuno yang dapat diperolehi datang dari Mesir purba di Kerajaan Tengah sekitar 1300-1200 SM (Berlin 6619), Mesopotamia sekitar 1800 SM (Plimpton 322), dan India kuno sekitar 800-500 SM (Sulba Sutras). Semua teks tersebut ...
Posted by Hapsah Binti Munjiat at 00:48 0 comments
Labels: Info
Mari Bermain Dengan Nombor
Wednesday, 12 October 2011
Entri kai ini mengajak anda untuk bermain dengan nombor. Sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Jika anda cekap seperti Adiputra tidak mengapa namun jika kurang sedikit sahaja daripada beliau maka anda mungkin memerlukan kalkulator untuk membuat pengiraan. Jom kita bermain........
Posted by Hapsah Binti Munjiat at 00:10 0 comments
Labels: Permainan
Subscribe to:
Posts (Atom)