Mari Bermain Dengan Nombor

Wednesday 12 October 2011

Entri kai ini mengajak anda untuk bermain dengan nombor. Sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Jika anda cekap seperti Adiputra tidak mengapa namun jika kurang sedikit sahaja daripada beliau maka anda mungkin memerlukan kalkulator untuk membuat pengiraan. Jom kita bermain........








Nombor Balik Semula

Darab nombor 37037 dengan satu nombor pilihan anda (1 hingga 9). Contohnya 37037 didarabkan dengan nombor pilihan iaitu 9 (37037 X 9). Kemudian darab hasilnya dengan nombor 3. Hasilnya adalah 6 digit nombor pilihan anda tadi (contoh : 999999).  

Silap Mata Nombor

Langkah 1:
Pilih satu nombor yang mempunyai tiga digit yang berbeza (1 hingga 9) . Digit pertama mestilah lebih besar nilainya daripada digit tengah dan digit tengah lebih besar nilainya daripada nombor terakhir (atau ringkasnya nombor itu menurun). Contohnya seperti 962, 871 atau 743

Langkah 2:
Tolak nombor tersebut dengan nombor itu yang diterbalikkan susunannya. Contoh jika nombor itu 962, anda perlu tolak dengan nombor 269 (962 -269)

Langkah 3:
Hasilnya ditambah dengan nombor hasil tadi yang diterbalikkan.
Hasilnya adalah 1089 bukan? Cuba dengan nombor-nombor yang lain. Anda pasti dapat jawapan yang sama iaitu 1089.


Untuk menjadikannya seperti satu silap mata, ikut langkah-langkah ini. Katakan pada rakan anda bahawa anda boleh membaca fikirannya. Kemudian, tulis nombor 1089 (tanpa dilihat oleh rakan anda tadi) pada sekeping kertas dan lipat kertas itu dan letak dalam poket seluar anda. Suruh rakan anda pilih nombor dan lakukan pengiraan seperti diatas. Jawapannya pasti sama dengan nombor pada kertas didalam poket itu tadi. 

Mengira Nombor Telefon

Langkah 1:
Masukkan 3 digit pertama nombor telefon bimbit anda ( tidak termasuk 01X)

Langkah 2:
Kali dengan 80 ( X 80)

Langkah 3:
Tambah dengan 1 ( + 1)

Langkah 4:
Kali dengan 250 ( X 250)

Langkah 5:
Tambah dengan 4 digit terakhir nombor telefon bimbit anda

Langkah 6:
Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir nombor telefon bimbit anda

Langkah 7:
tolak dengan 250 (- 250)

Langkah 8:
Bahagi dengan 2 ( /2)

Apakah nombor telefon bimbit anda? Melalui langkah-langkah pengiraan, anda berjaya memperolehi nombor telefon bimbit anda. 


Amacam ? Seronok tak ???

sumber : http://sagahayat.blogspot.com   
 

0 comments: