Jom Kembali Ke Sekolah...

Friday 30 December 2011

Cuti penggal kedua sudah sampai ke penghujung... Minggu ini merupakan minggu yang sibuk dengan berbagai mesyuarat, menguruskan pembayaran buku dan peralatan sekolah, mengemas kelas, meng'edit' rancangan tahunan dan juga menampal lencana dibaju anak-anak. Semoga semua warga pendidik akan melaksanakan tugas pada 2012 dengan penuh azam dan dedikasi. Kerana kita semua GURU WIBAWA dan GURU PENDITA. InsyaAllah....

PASCA UPSR 2011

Thursday 8 December 2011

Pada November yang lalu, SKST telah mengadakan rombongan bagi pelajar tahun 6 ke Pahang Darul Makmur. Kami telah pergi ke Pusat Konvensasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Taman Rusa juga Muzium Felda Lurah Bilut. Walaupun kami dari kawasan FELDA, namun kunjungan ke muzium berkenaan banyak memberikan informasi kepada para pelajar yang merupakan generasi ke-3 FELDA Sungai Tengi.

Klik Tajuk Post ini untuk melihat slide...