Jom Kembali Ke Sekolah...

Friday 30 December 2011

Cuti penggal kedua sudah sampai ke penghujung... Minggu ini merupakan minggu yang sibuk dengan berbagai mesyuarat, menguruskan pembayaran buku dan peralatan sekolah, mengemas kelas, meng'edit' rancangan tahunan dan juga menampal lencana dibaju anak-anak. Semoga semua warga pendidik akan melaksanakan tugas pada 2012 dengan penuh azam dan dedikasi. Kerana kita semua GURU WIBAWA dan GURU PENDITA. InsyaAllah....

PASCA UPSR 2011

Thursday 8 December 2011

Pada November yang lalu, SKST telah mengadakan rombongan bagi pelajar tahun 6 ke Pahang Darul Makmur. Kami telah pergi ke Pusat Konvensasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Taman Rusa juga Muzium Felda Lurah Bilut. Walaupun kami dari kawasan FELDA, namun kunjungan ke muzium berkenaan banyak memberikan informasi kepada para pelajar yang merupakan generasi ke-3 FELDA Sungai Tengi.

Klik Tajuk Post ini untuk melihat slide...

Selamat Hari Raya Aidiladha

Monday 7 November 2011

Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ini. Sesungguhnya kejayaan yang kita inginkan tidak mungkin tercapai tanpa usaha dan pengorbanan.

Sejarah Matematik

Tuesday 25 October 2011

Sejarah matematik menurut empunya cerita berasal daripada berasal daripada perkataan Yunani, μάθημα (máthema), yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran"; μαθηματικός (mathematikós) bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu -- pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran.Sementara hampir semua kebudayaan menggunakan matematik asas (mengira dan mengukur), pengembangan matematik baru telah dilaporkan dalam beberapa kebudayaan dan zaman. Sebelum zaman moden dan peluasan ilmu di merata-rata dunia, contoh-contoh tulisan pengembangan matematik baru mengancam kegemilangan pada sebahagian orang tempatan. Kebanyakan teks matematik kuno yang dapat diperolehi datang dari Mesir purba di Kerajaan Tengah sekitar 1300-1200 SM (Berlin 6619), Mesopotamia sekitar 1800 SM (Plimpton 322), dan India kuno sekitar 800-500 SM (Sulba Sutras). Semua teks tersebut ...

Mari Bermain Dengan Nombor

Wednesday 12 October 2011

Entri kai ini mengajak anda untuk bermain dengan nombor. Sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Jika anda cekap seperti Adiputra tidak mengapa namun jika kurang sedikit sahaja daripada beliau maka anda mungkin memerlukan kalkulator untuk membuat pengiraan. Jom kita bermain........




Permainan Matematik

Tuesday 11 October 2011

Saya ingin kongsikan satu lagi pautan yang berkaitan dengan permainan matematik. Pautan web ini sangat sesuai bagi setiap peringkat umur murid-murid-murid yang berada di tahap sekolah rendah. Sila klik kanan di SINI.

Hubungan Nombor

Wednesday 5 October 2011

Cuba perhatiikan nombor-nombor di bawah, betapa indahnya matematik..


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
 
sila lihat lagi.....

Bermain Dengan Matematik

Belajar matematik dikalangan anak-anak di sekolah rendah tidak dapat tidak perlu menggunakan kaedah bermain. Bermain adalah lumrah bagi kanak-kanak. Ibu bapa perlu memberi ruang kepada anak-anak mereka belajar matematik dengan cara yang menyeronokkan. Saya ingin kongsikan pautan laman web belajar matematik dengan cara yang menyeronokkan. Sila klik SINI...

Majlis Restu UPSR 2011

Monday 3 October 2011

UPSR.....
Pada 12 Sept 2011 yang lalu telah berlangsung acara Majlis Restu UPSR bagi calon-calon UPSR SK Sungai Tengi. Sudah hampir 4 tahun saya memegang jawatan sebagai Penyelaras Tahun 6. Maka tugas saya adalah mengendalikan majlis kecil-kecilan tersebut. Biasanya saya akan menyampaikan sebuah sajak. Tapi, ia akan mengundang perasaan syahdu kepada semua calon dan saya sendiri. Maka tahun ini, saya tak baca sajaklah.. Diharapkan majlis tersebut akan memberikan ketenangan dan keyakinan calon-calon untuk menghadapi peperiksaan. Doa ...

Salam perkenalan


Assalamualaikum.........
Salam perkenalan kepada semua pengunjung yang dihormati. Blog ini bertujuan berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya selama menjadi guru matematik. Diharap dengan blog ini para pengunjung sedikit sebanyak dapat